TEATER TANJONG ENCORE 2022

TEATER TANJONG : ENCORE MELAKA 2022

- Tarikan pengunjung kerana sentuhan arkitektur yang unik dan menjadi tumpuan untuk pengunjung bergambar bersama rakan dan keluarga.
- Pentas teater terpanjang di Asia Tenggara!
- Tempat duduk bergerak 360 darjah mengikut adegan cerita
Pengalaman Melaka yang berbeza tidak seperti di tempat lain
Rasai keunikan menonton Teater Tanjong bersama keluarga dan rakan
KEUNIKAN TEATER TANJONG
- Tanjong merupakan teater persembahan Kanak-kanak dan Remaja , sesuai untuk tontonan anak kecil dan juga dewasa
- Persembahan Tanjong lebih dari sekadar lakonan semata - mata , ianya turut mempunyai elemen muzikal , nyanyian , tarian , mainan alat muzik tradisional termasuk Chak Lem Pong dan Tumbuk Kalang dan juga persembahan nyanyian khas daripada lagenda penyanyi lagu asli Negeri Sembilan oleh Ulong Bakar.
- Tanjong merupakan kisah cinta , air mata , komedi , aksi silat dan berlatar belakangkan tema Purbawara / Bangsawan.
- Tanjong juga merupakan teater yang mengetengahkan elemen melayu islam adat perpatih , sesuai bagi penonton untuk mempelajari mengenai adat perpatih yang sering terkenal dengan adatnya yang unik.
- Tanjong merupakan produksi teater melayu pertama yang dipersembahkan di Encore Melaka menjadikan pementasan kali ni merupakan hari bersejarah buat Encore Melaka.
- Produksi Tanjong dijayakan oleh sebahagian besar Ahli Keluarga dan juga Rakan kepada barisan pelakon Tanjong dan kebanyakan mereka terlibat di belakang tadbir.
SINOPSIS TEATER TANJONG
Tanjong merupakan sebuah kisah yang bertempat di sebuah daerah Luak Tanjong di Negeri Sembilan. Kisah ini merupakan kisah cinta, air mata, persahabatan dan adat perpatih negeri sembilan.
Kisah bermula dengan persahabatan Anjang dan Baroq. Pertalian mereka ibarat saudara dan dikuatkan lagi dengan persahabatan ayah mereka dan ikatan cinta antara adik Baroq, iaitu Tanjong bersama Anjang.
Apabila daerah berdekatan mereka diserang Bugis dan Belanda, persahabatan mereka diuji apabila ayah Baroq, ketua luak tersebut, meninggal dunia dalam perjalanannya ke Pagaruyung untuk meminta bantuan. Ini mengakibatkan berlakunya ketandusan kepimpinan di daerah tersebut.
Mengikut adat perpatih, posisi ketua perlu digilirkan dan bukannya diwariskan. Akan tetapi Baroq menuntut menjadi pemimpin dan mengakibatkan berlaku persengketaan berdarah di daerah Tanjong.
HARGA ASAL TIKET TANJONG SEKIRANYA BELI DIRECT MELALUI ENCORE
PROMOSI TIKET DISKAUN TEATER TANJONG SEKIRANYA MEMBELI MELALUI KELAB TEATER ASAR NEGERI SEMBILAN
ITEM | HARGA ASAL | HARGA DISKAUN | PENJIMATAN | UNIT |
DEWASA | RM 60 | RM 50 | RM10 | 2 DAN KE ATAS |
KANAK - KANAK / PELAJAR / WARGA EMAS / OKU | RM 40 | RM35 | RM 5 | 2 DAN KE ATAS |
* Pelajar Universiti perlu membawa kad pelajar semasa hadir dan tunjukkan kepada pegawai yang menjaga tiket di kaunter
* Penonton OKU sila bawa kad OKU semasa hadir dan tunjukkan kepada pegawai yang menjaga tiket di kaunter
WAKTU TAYANGAN TEATER TANJONG
TARIKH | WAKTU |
4 JUN 2022 (SABTU) | 8.30 MALAM |
5 JUN 2022 (AHAD) | 8.30 MALAM |
6 JUN 2022 (ISNIN - CUTI UMUM) | 3.30 PETANG |
TARIKH TAMAT TIKET DISKAUN
3 JUN 2022 (SELAGI TIKET MASIH ADA)
BELI TIKET PRA TEMPAH ANDA SEKARANG DI BAWAH